Sabtu, 05 Maret 2011

Sains dan Teknologi dalam Etika Islam.

TwitThis
Etika merupakan satu bidang falsafah yang membicarakan tentang tingkah laku manusia dari aspek-aspek lahiriah dan batiniahnya .dalam hubungan dengan sains, etika adalah satu bidang ilmu yang mengkaji soal kebaikan dan keburukan dalam sains; berhubung dengan tatacara untuk mempraktiskan kebaikan dan menolak keburukan dalam amalan dan penggunaan sanis dan teknologi.Islam telah menyediakan panduan yang sempurna untuk mengatur segala perlakuan manusia dalam apa jua bidang kerjaya sepanjang zaman. Terdapat konsep-konsep asas yang mampu membimbing ahli sains dalam urusan peribadi dan profesyennya. Konsep asas tersebut terdiri dari pada tiga unsur utama:
1. Keimanan kepada Allah s.w.t.
Iman adalah teras kepada semua jenis amalan dalam Islam. Seorang ahli sains perlu mempunyai keimanan yang kukuh kepada Allah dan sentiasa memohon bantuan dari padaNya.Mereka perlu sadar Allah senantiasa melihat segala pemikiran dan perlakuan manusia.Allah merupakan Pencipta dan Pemilik alam yang menjadi bahan kajian dan penggunaan sains dan teknologi. Sesungguhnya keimanan kepada Allah akan menyediakan asas yang kukuh kepada kelahiran generasi muslim yang bermoral.

2. Kepatuhan kepada Syariah dan etika.
Seseorang ahli sains perlu mempunyai ketaatan yang tinggi terhadap peraturan dan ketentuan Allah dengan mengambil kira persoalan halal dan haram dalam kerjaanya. Umat yang murni dalam pembangunan dan penggunaan teknolog seharusnya seiring dengan kaedah yang tidak melanggar batas-batas ajaran Islam. Kepatuhan pada peraturan Allah dijadika asas penting kepada etika kerjanya sekalipun berlawanan dengan tuntutan keinginan kerana sains tidak boleh bersifat netral dan bebas.



3. Mementingkan Aspek kemanusiaan dan Ihsan
Dalam penggunaan sains dan teknologi aspek kemanusiaan dan ihsan merupakan suatu yang tidak boleh diabaikan. Para saintis adalah khalifah Allah dibumi. Mereka bertanggung jawaban untuk membawa kemakmuran dan menjaga keharmonian.Mereka perlu menghindari diri dari mengekskploitasi sewenang-wenangnya segala isi kandungan alam semata-mata untuk kepentingan sanis, material dan kekayaan.Mereka perlu melindungi alam sekitar, bersifat belasihsan dan menghormati hak-hak manusia dan lain-lain kehidupan untuk hidup dengan selesa.Sebagai rumusannya, seseorang ahli sains atau teknokrat muslim yang ingin melaksanakansesuatu perbuatan atau amalan sainsnya, seharusnya bermula dengan kepercayaan dan keimanan kepada Allah serta berpegang teguh kepada ajaran agama dalam profesyennya. Beliau juga perlu bertindak untuk memastikan adanya persiapan yang cukup sama ada dari segi kuasa intelek ataupun kuasa emperik yang bercorak teknik. Tindak tanduknya pula dibaluti dengan nilai-nilai etika dan moral yang suci murni berdasarkan prinsip “melakukan sesuatu yang baik dan menjauhi yang mungkar”. Dengan itu persoalan krisis etika dalam pelbagai amalan sains dapat dihindarkan dan sains menjadi ilmu yang mampu memberi manfaat yang menyeluruh.

0 komentar:

Posting Komentar

 

About

RSS Feed Berlangganan posting via RSS FEED

Atau berlangganan posting via email:


Make Widget
Tempatkan iklan Anda disini

Followers

Twitter Blog Templates © Copyright by Be Smart | Template by BloggerTemplates | Blog Trick at Blog-HowToTricks